Thursday, October 16, 2014

kena cucuk lagi......

ouchhh, sakit ooo bila kena cucuk VAKSIN ANTI TETANUS (ATT) atau suntikan kancing gigi

mau 2 hari baru lega tangan ni. nak tau rasanya camna, meh ngandung dulu.keh khe keh. kak ummi pun xtau napelah ngandung kali ni agak penakut skit bile nk cucuk. 

sedikit info tentang suntikan kancing gigi 

- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.

- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).

- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.

- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.

- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.

- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.

- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.

nak tau tak bila sepatutnya kena cucuk ATT???

Bila suntikan sepatutnya diberi bagi wanita hamil?
Bagi wanita yg mengandung kali pertama, suntikan ATT akan diberi 2 kali iaitu semasa quickening (kali pertama merasa pergerakan anak) - biasanya lingkungan 16 - 22 minggu, dan diberi dos booster sebulan selepas itu.
Suntikan pertama adalah untuk memberi perlindungan untuk ibu dan kali kedua adalah untuk bayi.

Bagi wanita yang mengandung bagi kali kedua dan seterusnya (telah menerima suntikan ATT semasa kehamilan sebelumnya), suntikan ini akan diberi sekali sahaja (dos booster).

Suntikan ini diberi adalah untuk memberi perlindungan daripada jangkitan kuman Tetanus (kancing gigi), yang mana risiko mendapat jangkitan tinggi semasa kelahiran bayi (terutamanya kelahiran Caesarean) dan juga semasa memotong tali pusat bayi ('umbilical cord').
(credit daripada blog http://ibuamiruluwais.blogspot.com. tq ibuamiruluwais)

kak ummi kena cucuk masa kandungan dh 22 minggu. dan Dokor Renuka ckp next month pun kena cucuk lagi. miung plak bila dengar dia ckp camtu. hehhh

tapi hmmm kak umi dpt info dr blog http://drzubaidi.com bahawasanya  

"Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.
Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan." -Pendapat Dr Zubaidi 

and the moral the story, pada ibu2 yg dpt suntikan percuma dan dinasihatkan ambil vaksin ni, buat lah. kalu yg check up kat klinik private tu tepuk dada tanya selera. minta pendapat Doktor anda dahulu sebelum amik keputusan.

ok lah. nak cite pasal visit Hospital Angkatan tentera next week. cite pasal apa lg. gigi bongsuku yg sakit bebenor ni. so cekidautt yo yo. bye bye