Tuesday, September 13, 2016

minggu untuk bertenang

Salam semua. selamat bercuti raya korban semua. lama tak update blog. 


berjaman dah rupenya.  sibuk dengan anak-anak n kerja.camtu la kalu dh jadi super mum. semua kita yg buat. kekadang tu stress dibuat nya. bila anak-anak ramai dengan umur dorg pun rapat. tu yg kekadang surender nk kemas umah. dah la takde bibik.

apa yang akak buat skarang ni.kemas mana yg mampu je. sekarang yang sulung dah umur 8 tahun. dh boleh basuh kasut, kemas buku sendiri. kekadang kena jugak tgk adik2 masa maknya tengah mandi ke hapa. uishhh. camtu lah jadi mak-mak zaman dulu sekarang dan selamnya.  

kalau dulu byk mak mak yg tak bekerja. sekarang ni lain. ramai yg bekerja, tak kira le professional tau tak profesional.smua nak bantu para suami. tapi berpada pada lah wahai en suami. walaupun isteri bekerja, tolong lah kerja-kerja kat umah tu. janganlah nak mengomel kata awak sorang je yang penat. kudrat pompuan ni tak sehebat kudrat mcm si lelaki. esok-esok awak jugak yang nak menjawab dengan Allah kan. harap faham ye. kita ni yang ada anak lelaki ajarlah sekali anak2 lelaki.bantu kita buat kerja dapur. mop lantai ke basuh baju ke sidai kain ke. ajar walaupun anak lelaki ni memang kena byk kali di suruh.(tp tak semua anak lelaki yang malas)

akak pun anak lelaki sulong umur 8 tahun, dh kerah sidai baju, angkat kain bagai. pape pun kita sebagai mak kena jadi role model. almaklumlah , tak semua bapak boleh jadi role model buat kerja rumah(tak semua lah.hihi jangan marah)

sekarang ni pun akak dapat rezeki lagi.Allah nak bagi anak lagi. Insyaallah tahun depan kluarlah dia. anak ke 5 tu.memang tak sangka. cuti bersalin dah lah tinggal sebulan. lagi sebulan kena separuh gaji lah nampaknya. mulai sekarang kenalah akak menabung untuk tampung baki baki belanja masa bersalin. belanja pun dh kena lebih berhati2 kan sebab keluarga semakin besar.huhu.  tak pelah, rezeki kan Allah beri. Rancangan akak nk bercuti dengan kengkawan ke Perth terpaksalah di batalkan. sabor jelah kan. mana tau, ada rezeki lebih baik dari yang tak dapat pegi tu kan.

mata dah letih ni. nanti kita sambung ye. to be continued....



Thursday, October 16, 2014

kena cucuk lagi......

ouchhh, sakit ooo bila kena cucuk VAKSIN ANTI TETANUS (ATT) atau suntikan kancing gigi

mau 2 hari baru lega tangan ni. nak tau rasanya camna, meh ngandung dulu.keh khe keh. kak ummi pun xtau napelah ngandung kali ni agak penakut skit bile nk cucuk. 

sedikit info tentang suntikan kancing gigi 

- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.

- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).

- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.

- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.

- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.

- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.

- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.

nak tau tak bila sepatutnya kena cucuk ATT???

Bila suntikan sepatutnya diberi bagi wanita hamil?
Bagi wanita yg mengandung kali pertama, suntikan ATT akan diberi 2 kali iaitu semasa quickening (kali pertama merasa pergerakan anak) - biasanya lingkungan 16 - 22 minggu, dan diberi dos booster sebulan selepas itu.
Suntikan pertama adalah untuk memberi perlindungan untuk ibu dan kali kedua adalah untuk bayi.

Bagi wanita yang mengandung bagi kali kedua dan seterusnya (telah menerima suntikan ATT semasa kehamilan sebelumnya), suntikan ini akan diberi sekali sahaja (dos booster).

Suntikan ini diberi adalah untuk memberi perlindungan daripada jangkitan kuman Tetanus (kancing gigi), yang mana risiko mendapat jangkitan tinggi semasa kelahiran bayi (terutamanya kelahiran Caesarean) dan juga semasa memotong tali pusat bayi ('umbilical cord').
(credit daripada blog http://ibuamiruluwais.blogspot.com. tq ibuamiruluwais)

kak ummi kena cucuk masa kandungan dh 22 minggu. dan Dokor Renuka ckp next month pun kena cucuk lagi. miung plak bila dengar dia ckp camtu. hehhh

tapi hmmm kak umi dpt info dr blog http://drzubaidi.com bahawasanya  

"Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.
Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan." -Pendapat Dr Zubaidi 

and the moral the story, pada ibu2 yg dpt suntikan percuma dan dinasihatkan ambil vaksin ni, buat lah. kalu yg check up kat klinik private tu tepuk dada tanya selera. minta pendapat Doktor anda dahulu sebelum amik keputusan.

ok lah. nak cite pasal visit Hospital Angkatan tentera next week. cite pasal apa lg. gigi bongsuku yg sakit bebenor ni. so cekidautt yo yo. bye bye

Tuesday, September 30, 2014

Semalam punya sakit, hari ni punya cite

nyut nyut nyut kepala.rasanya mau pecah.fuhhh.... sakit tul kalu namanya sakit gigi. Allah aje tau nikmatnya.ayayai... kak ummi rase sakit gigi bongsu belah bawah. dah la tumbuh tdo. nk bawak kluar pun payah.


terpaksa kak ummi emergency semalam sebab xtahan sakit gigi.  tau tak sakit ni jatuh no 2 lepas sakit bersalin.huhuhu. cadangnya nak pegi klinik swasta petang dekat2 umah. tapi tutup pulak. maklumlah musim2 ujan ni. haipppp...

esoknya, bila berkira-kira bajet bulan ni agak burst. so, ambik keputusan gi klinik kesihatan kerajaan.
dh lama xp klinik kerajaan. last pegi pun kat PPUM masa preggy 1st baby. yang ni tengah preggy 4th baby pun sakit gigi. (baby girl kot sebab yg 2 boboy xde sakit gg pun). klinik kerajaan ni bagus pe. maybe nasib kak umi baik sebab dentist kerajaan yg check smua ok belaka. kali ni gi klinik kerajaan kat seksyen 7, shah alam. maklumlah opis baru kat area sini.

lepas g punch card je, trus g sana. lambat2 kang parking susah. itu pun paking kat bus stop je. janji x jauh. nak dijadikan cite, sebab agak jaki skit kalu gi tempat baru, mulut kena ringan tanya ngan misi kat mana  nak daftar pestime utk check gigi. rupenye kat tingkat 1.

sampai je, trus daftar dan bagi i.c. sebab pestime g stu. bayar sengget je. dh daftar isi kad pesakit. n atenden (eh yeke,, entahlah .bantai) akan tanya ada high blood ke diabetes ke. kak ummi ckp xde cume peggy 5 bulan. dh settle daftar dan amik no, depa soh tunggu kat depan.



cenggini lah kaedahnya. dalam 10 minit tunggu utk jumpe dentist dah di panggil. kalau gi dental orang tak ramai.yang ramai utk ibu mengandung ngan kanak2. bila doktor suruh ddk. start la bukak mulut. sebelum tu dentist tanya pregnant bape bulan. pastu citelah kat dentist yang gigi sakit sangat sampai xboleh p kerja. so dentist check and dia ckp dh xboleh tampal sebab lubang nya bosar bonar. huhuhu.. nak cabut xboleh sebab gigi blom kluar habis. dental advice utk buat surgery sebab nk tunggu after deliver baby memang xsempat. maybe sakit balik. kes ni kena rujuk ke hospital la pulak. ingatkan boleh buat surgery kat sini. ihkishkishk.... dh dapat surat dentist. kena rujuk kat Hospital Sg buloh. kenapa dr klinik shah alam refer ke hospital sg buloh, alkisahnya hospital klang byk kes and xboleh buat cepat. nk tunggu berbulan2 terberanak akak dulu.

ada gak tanya dentist, bahaya ke kalu pregnant cabut gigi. dia kata ok dari u dapat sakit balik pulak nnt. ada gak baca blog kawan2 lain. katanya before 7 bulan boleh cabut gigi. alang alang kat dental. buat skali scalling. aduyaii ngilu nya rasa. macam nak hempuk je dentist tu. acaner memang gigi ni sensitif. masa buat kat private pun ngilu gak. so trima jelah. dh siap scalling, p kaunter bayaran utk scalling tadi. dua hengget jer. kat private rm60 you.giler babeng tul.sakit sama jer pung. bila dh bayar tunggu surat refer ke hospital and lagi 2 minggu boleh buat surgery. kebetulan kerja badan berkanun bawaklah GL ke sana nanti.dapat servis free jer. 

trus wassap kat hubby, cakap yang kena wat surgery kat sg buloh. nak buat kat private rm100 ke rm400 depends dengan kesusahan nak cabut gigi tu. hmmm sayang lg duit kalu nk cepat n dekat. ada pulak idea nk p check kat hospital tentera (hubby I mat tiarap tau). hubby cakap dia mintak HR(human resource) dia kat kuantan base buat surat ke hospital Tuanku Mizan (HAT) kat wangsa maju. ada budak praktikal dulu ade cite, dentist askar lagi okey. rasanya HAT ni utk Warga tentera dan keluarga je. nantilah, bile kak ummi dh gi HAT, kite sembang lg.  ni pinggang sakit plk sebab ddk kat kosi lama sangat... caloh he' dulu




Tuesday, September 23, 2014

Rezeki akhir tahun 2014

alhamdulilah. dh sampai waktunya si baby Muhammad nk dpt adik. nk bagi tips  baby pun tak abis ni nk tambah baby lg.ihik3x. (rejeki ALLAH bagi.amin)


ahhh. kita continue je lah.kan kan kan. ok lah. ritu ada bg resepi untuk baby 6 month ++. itu pun dr blog omputeh.

ok la .kak umi bagi link adds utk resepi owang melayu.klik kat sini =====> http://www.ummiaira.com/p/resepi-bay

bile dh start masak untuk baby. gajet yg patut ada ialah macam kat bawah ni



alah kalau pakai dapur gas pun xpe. kalau baru beranak satu boleh gagah nk bli.

off topik ni. kat bawah ni kak ummi ada bagi tanda2 hamil anak boy or gal. ni pun dapat kat blog lain. 


TANDA HAMIL BAYI LELAKI
• anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
• degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
• anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
• perut anda kelihatan bulat sempurna
• bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
• bentuk perut condong ke arah bawah
• sukakan makanan yang masam dan masin
• suka makan daging dan keju
• tapak kaki selalu berasa sejuk
• tangan selalu kekeringan
• suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
• bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
• anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
• hidung tampak lebih mekar
• selalu sakit kepala
  
twins

TANDA HAMIL BAYI PEREMPUAN

• mengalami morning sickness di awal kehamilan
• merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
• payudara kiri lebih besar berbanding kanan
• rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
• bentuk perut condong ke arah atas
• perut tampak agak lonjong
• mengidam makanan yang manis
• sukakan buah-buahan
• suka minum air atau jus yang bersifat masam
• anda lebih cerewet semasa hamil
• mudah moody berbanding sebelumnya
• kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
• tidak suka makan roti bersama kulitnya
• payudara kelihatan mengembang
• suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur


OKESS babes. sambung lagi ekk...

SEMANGAT NK MEMBLOGGING LAGI

tik tok tik tok.jam dh kul 12am.tapi hati ni berkobar kobar nk menaip lg.hehehe. terlebih rajin daa. ok ok, nk cite pasal makan pertama untuk bb ni. actually kak umi penah tanya Dr kanak kanak.bb elok start makan time bile. Dr anak kak umi sajes 6 bulan lebih..tp kak umi start bagi anak makan nestum dulu. tapi yg terbaik, cube le ngkorang buatkan puree kat bb korang tu. contoh puree kentang, buah pic, avokado, carot. takpun try resepi kat website omputeh ni. http://wholesomebabyfood.momtastic.com. ada lagi blog melayu resepi baby tapi ala2 american gak resepinya.http://ladybarbella.blogspot.com/2013/10/resepi-makanan-bayi-9-bulan-hingga-1.html
ok...semangat jumpa lagi.caloss




Saturday, November 30, 2013

Cakk.. haa. lame tak berblogging pasal bab2 pantang ni.tgk2 anak dh msk 11 bulan dh.rase2 dh cam bersawang dh blog kak umi ni.hehehe. bukan pe, skang dok tambah haru biru lagi.sbb rumah ku syurgaku tgh renovate.mane tak pening, almaklumlah suami jauh diperanatauan, so smua kak umi um tu  kena pantau org2. adoii tulun tulun.(mengaruk la tu :) )

byk tul merapu.. ok ok. kak umi ari tu cuti berpantang 3 bulan. (untunglah kerja kerajaan). dlm masa bercuti pjg tu, kenalah slimkan blk perutmu yang berbonjoi2 tu. masa dalam pantang jugak, kak umi kuat makan 2 minggu pertama lps bersalin. org tua kata, menyusu kena makan nasi sbb bdk kuat nyusu. ikut jelah, janji pandai bajet kuantiti nasik tu. lps 2 minggu, kak umi kontrol skit makan, contoh pagi n tengahari makan nasik cam biasa dengan lauk2 berpantang. tapi mlm makan biskut n roti jer.minum milo or horlicks. better holicks sebab blh buat susu byk. yg tu mmg betul. satu lagi biler dok tgk fb plk,asyik do tgk produk menambah n memekatkan susu. ape brandnya pulak u, aha brand shaklee ESP.

tadaa.tgk tak pasal2 dorang dapat iklan free. suplemen yg mampu ku miliki.

Friday, March 1, 2013

apa yg perlu semasa berpantang

Pejam celik pejam celik dh msk 72 hari pun.lama xupdate, mlm ni br de masa. perjalanan masih jauh lg (pantang 100 hr beb). hai sabo jelah. ni kak umi nk kongsi la cerita pasal benda2 yg kak umi beli n pakai masa berpantang.

1st ly, kenalah beli jamu. dari anak 1 hingga 3 bli jamu leesa formula. bg kak umi, set ni berbaloi pada yg xsuka mkn byk2 ubT.anak no 1 n 2, kak umi bli set tanpa tungku, alah yg paling cheap2. dlm rm100++. bile dpt ank ke-3, bli loose je.kak umi hanya bli jamu prawan n jamu haruan.yg ni bentuk pil, senang makan. tp kak umi makan bile anak dh 2 bulan lebih, sebab kuning dia lambat habis. haaa lg sau pasal demam kuning a.k.a jaundis ni, kalu bleh elak mkn kunyit n jamu.nant bb lmbt hilang kuning tauu. barang diingat, ibu2 zaman moden ni kenalah jaga badan.takut masuk angin, kata org2 tua. taukan, bdn ni nk pakai lama. takut laki carik lain plak.heeee kesitu plk. (bende2 camtu sensetip tau).maajun jgn lupe. cap pati la yg best.

selain tu, suplemen moden pn makan gak. kak umi mkn elken ni rasa sgt bertenaga.(iklan skit). masa anak sulung kawan2 rekemen minum pati ikan haruan.almaklumlah kena ceaser. dulu2 pakai poleney, tp dh ada cap harwany ok gak. cube try yg ade alovera. yg ni x hamis.sedappp.xyah nk minum sambl tutup hidung lg (ade ke yg buat cam allahyarham p.ramlee :)

aduss, letihnya menaip. tp ada lg benda nk share ni. kalu bab2 nk ramping2 perut kenalah rajin berbekung 44h n pakai losyen slimming atau lg bagus 60 hr. kalu malas sampai 60 hr, lps pantang wajib sapu losyen ramping n pakai slimming pant@girdle.kak umi pakai losyen halia felissa. bile dh abish br try losyen felina. ok la, slim gak.tp kena rajin la pakai. (iklan lg, pn felina kasi diskaun lebey hah)

yg paling penting, minum air suam byk2. yg ni kak umi xpantang sbb nk susu byk. biar le nk menbesiak (bhs kedah buang air). nape, takut jahit tu lmbt kering, xdelah. kan dokter dh kasi ubat. 2 minggu ok la jahit tu.
 ayo, dh kul 3pg lah. nanti kak umi nk share cara2 nk bg susu byk plak. nanti kite cer cite ekk. cekidaut